kata-kata aluan

Pages

Friday, October 7, 2011

Kodek Lagend: Cari ikan di parit

Kodek Lagend: Cari ikan di parit

Cari ikan di parit

satu waktu dulu gambar dibawah adalah aktiviti aku di zaman kanak2.

teringat dan tersenyum







siapa diantara kita masih ada lagi hobi ni.

Tuesday, September 20, 2011

Kelahiran Dan Matlamat

Anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan berguna. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan tetapi bukti kekuasaan Allah. Anak anugerah Allah yang amat istimewa bagi suami isteri dalam kehidupan berumahtangga. Malah, setiap pasangan berkeluarga memang impikan anak untuk menyerikan institusi rumah tangga mereka. Itu sudah menjadi satu keinginan semula jadi yang Allah ciptakan dalam sudut hati setiap manusia.

Fitrah Yang Suci
Islam tidak pernah mengatakan ada dosa yang dibawa oleh bayi sejak lahir walaupun anak itu adalah anak luar nikah. Ini kerana setiap bayi dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah dan putih bersih serta suci daripada sebarang dosa. Akan tetapi, dalam Islam dosa itu mula mencemari kesucian hati seseorang apabila dia meninggalkan perintah Allah dan melanggar segala larangan-Nya. Perlu ditegaskan, kelahiran seorang anak yang diharap akan menyambung warisan kekeluargaan sebenarnya mengungkap banyak makna dan pengertian yang tersurat sebagai bahan renungan untuk menginsafkan kita sebagai hamba Allah.
Pertamanya, kelahiran anak sudah memadai sebagai bukti paling mudah mengisyaratkan kekuasaan dan keagungan Allah mengatasi segala-galanya di alam maya ini. Sebelum lahirnya anak itu melalui pelbagai peringkat yang berbeza di alam rahim selama sembilan bulan 10 hari sehingga tercipta seorang manusia yang sempurna kejadiannya.

Semua itu diceritakan Allah dalam firman-Nya:


لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya." - [Surah Al-Tin 95: Ayat ke 4]

Namun, di sebalik kesempurnaan sifat manusia sebenarnya daif dan kerdil kerana sentiasa bergantung harap kepada Allah. Oleh sebab itulah, setiap insan diwajibnya beriman kepada Allah untuk menikmati kesejahteraan di dunia dan akhirat di bawah keredaan Ilahi.
Kedua, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa. Justeru, lahirnya seorang anak bukannya sebagai satu keseronokan hidup atau satu bebanan yang tidak tertanggung. Sebaliknya, anak adalah ujian Allah kepada ibu bapa.

وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَآ أَمۡوَٲلُڪُمۡ وَأَوۡلَـٰدُكُمۡ فِتۡنَةٌ۬ وَأَنَّ ٱللَّهَ عِندَهُ ۥۤ أَجۡرٌ عَظِيمٌ۬
"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar."- [Surah Al-Anfal 8: Ayat ke 28]

Setiap ibu bapa berkewajipan mendidik dan mengasuh anaknya. Tetapi malangnya, sejak akhir-akhir ini jumlah bayi dilahirkan akibat perzinaan terus meningkat dan lebih menyedihkan, ada antara mereka dibuang dan didera sehingga menemui ajal.

Maka, tidak hairan Al-Sheikh Muhammad Qutb menganggap peristiwa berlaku dalam masyarakat Islam mutakhir ini ibarat kembali kepada zaman jahiliah terdahulu yang sanggup menanam hidup-hidup anak perempuan mereka kerana tidak sanggup menanggung malu.

Jadi tidak ada bezanya sama sekali antara perbuatan menanam bayi dan membuang anak dengan niat membunuh kerana kedua-dua perbuatan itu dilarang Allah.

Perlu diinsafi, mendidik dan mengasuh anak termasuk dalam ibadah kerana setiap ibu bapa akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dilakukan anaknya. Lebih-lebih lagi anak itu umpama helaian kertas putih yang belum diwarnai dan dicorakkan lagi.

Anak sebagai amanah Allah perlu diberi perhatian supaya mereka menjadi insan bertakwa dan berguna kepada agama, bangsa serta negara. Alangkah beruntungnya ibu bapa memiliki anak soleh yang doanya berterusan kepada kedua ibu bapanya.

"Maka ibu bapalah yang akan mencorakkannya berdasarkan cita rasa masing-masing. Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya." - [Hadis riwayat Bukhari]

Sebenarnya dalam Islam seorang anak adalah penawar kepada ibu bapanya terutama semasa tuanya. Jadi, ibu bapa tidak perlukan wang anak-anaknya apatah lagi kalau anak-anak mereka itu miskin. Tetapi yang diperlukan ialah kasih sayang dan belaian daripada anak-anak. Sesungguhnya anak yang membelanjakan wang pendapatannya untuk membeli ubatan dan makanan untuk ibu bapanya, sesuatu yang baik dan seharusnya dikekalkan, tetapi mereka juga perlu pulang untuk melihat wajah ibu bapa. Tatapan wajah antara anak dan ibu bapa boleh mengurangkan sebahagian penderitaan rindu mereka.

Oleh sebab itu, mereka yang mempunyai ibu bapa di kampung apatah lagi yang sakit, eloklah pulang melihat wajah mereka. Jika anak pernah terasa hati terhadap ibu bapa, lupakan dahulu dan kalau perlu maafkan mereka berdua. Sikap anak dalam keadaan itu akan menyembuhkan sakit yang dialami oleh kedua-duanya.
Menyedari keadaan ini, mana-mana anak yang tidak mendapat didikan yang betul sehingga mereka tersesat, harus kembali ke pangkal jalan. Tidak perlu salahkan ibu bapa, sebaliknya bertaubat kepada Allah. Kesedaran anak ini sekaligus dapat menginsafkan ibu bapa mereka.

Sebenarnya berdasarkan huraian di atas, maksud fitrah ialah agama Islam, yang setiap anak-anak yang dilahirkan "rohnya" telah mengiktiraf Allah sebagai tuhannya.
Jika umat Islam menyedari kedudukan ini sudah pasti ibu bapa tidak akan mengkhianati amanah Allah itu. Sudah tentu dia akan mendidik anaknya mengikut panduan Islam supaya keislaman anaknya sejak kecil itu tidak dirosakkan. 
 
Aset Yang Sangat Bernilai Untuk Mendoakan Kita Setelah Mati

Anak-anak merupakan aset yang tidak ternilai sekaligus amanah kepada ibu bapa. Kadangkala, gelap atau cerahnya masa depan anak-anak menjadi ukuran kepada kejayaan sesebuah rumahtangga. yang pastinya, setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Percayalah, anak-anak yang mendapat didikan sebegini tidak akan menganggap ibu bapa sebagai aset yang penting. Oleh sebab itu mereka boleh kirim wang untuk ibu bapa terutama semasa mereka sakit, tetapi mereka tidak sanggup pulang melihat kedua-duanya di kampung.

Sungguhpun begitu, anak-anak tersebut tidak boleh disalahkan kerana mereka tidak pernah diajar erti kasih sayang oleh ibu bapa. Tatkala anak-anak dibesarkan, ibu bapa tidak mendidik mereka supaya tahu menghormati perasaan orang lain, apatah lagi ibu bapanya.

Sumber maklumat : www.iluvislam.com

Tuesday, September 13, 2011

Saturday, September 25, 2010

Lyric lagu" Erti Pengorbanan"

Apa erti jihad tanpa pengorbanan
Apa erti kata-kata tanpa dikotakan
Nabi Ibrahim lambang kejujuran
Hati bercahaya penyuluh zaman
Apa erti hamba tanpa ketaatan
Apa erti cinta tanpa pengorbanan
Nabi Ismail contoh tauladan
Sanggup mati untuk Tuhan
Setiap tahun muslimin ke Mekah
Beribadah mengingati sejarah
Berlutut di Baitul Kaabah
Dalam penuh pasrah
Tiada beza darjat
Yang kaya atau melarat
di hadapan Yang Maha Perkasa
Menangislah orang berdosa

diterjemahkan dlm lagu

lama tak update

lama tak update blog aku......dah bersawang gile ......banyak aku nak tulis tapi tak de masa nak buat.
idea kadang kala datang mencurah2 bak air terjun tetapi yang menjadi masalahnya., tangan malas nak mengerakan jari jemari untuk menterjemahkan dlm blog ni.
Rasa keliru dengan diri sendiri sering menterjah dalam kotak minda dan berperang dengan perasaan untuk berkongsi dengan semua
Aku keliru dari sudut mana harus aku menulis satu cerita yang bukanya sensasi,panas,gelora atau apa saja yang boleh menikam sesetengah jiwa raga tetapi untuk dikongsi sebagai sebahagian ilmu yang bermanafaat dan jika di kilas secara dalam ianya membawa satu erti yang terselidung.

esok aku mulakan satu cerita dan share dgn sesiapa yang sudi baca blog ni .

Rasanya aku nak bincang menggenai isu SABAR dan PENGORBANAN dalam berbagai aspek kehidupan seharian dan desfinasi erti sebenar maksud tersebut,kesan dan hakikat yang tersirat.
Juga akan dihuraikan bila mana maksud tersebut sesuai di guna pakai serta kaitan dalam kehidupan harian kita sama ada di rumah,tempat kerja dan dimana saja bagi seorang lelaki,wanita,suami,isteri,anak,ibu,bapa,abang,adik kawan dan semuanya sekali.
Rasanya semua org yang hidup dimuka bumi ini manggalami sifat SABAR dan Pengorbanan.

Tuesday, May 25, 2010

Apa itu Internet ??????

Internet
- Internet adalah rangkaian kawasan luas yang menyambungkan beribu-ribu rangkaian kawasan setempat dengan hanya menggunakan protocol IP sebagai protokol penghubung.

Intranet 
– Satu rangkaian yang memberi services yang sama seperti yang ditawarkan oleh Internet tetapi tidak sepertinya disambungkan kepada internet. Intranet boleh dikatakan LAN tetapi hanya menggunakan protokol IP.Kelajuan intranet mengikut kelajuan LAN.

Extranet 
– Apabila intranet diperluaskan ke internet dan hanya boleh dicapai oleh pengguna tertentu maka ini dikenali sebagai Extranet.Protokol kelajuan sama seperti internet.
  
Internet dan Kegunaan.

Internet adalah salah satu platform ilmu yang semakin diminati ramai dan semakin mendapat perhatian dari kalangan anak muda mahupun dari kalangan orang dewasa . Boleh dikatakan setiap rumah di Malaysia ini mempunyai sebuah komputer yang dilengkapi dengan kemudahan Internet .

Internet adalah salah satu daripada mesin pencari ilmu . Selain buku , majalah , surat khabar dan banyak lagi "mesin pencari ilmu" . Namun internet adalah diantara yang paling popular .

Internet adalah gudang ilmu dalam dunia hari ini . Melaluinnya kita boleh mendapatkan ilmu tentang apa sahaja yang kita mahu . Sesuailah dengan konsep yang menggambarkan internet itu sendiri "Dunia di Hujung Jari anda" .

Tetapi bukan semua ilmu itu bersifat / isinya positif , ada ilmu yang bersifat / berisi negatif . Itu yang harus kita hindari dan sentiasa berwaspada tentang hal ini .


 Kesan Dari Internet
Dalam kehidupan insan, usia 15 tahun bak suatu permulaan mentah ke arah kedewasaan. Pada usia ini, seseorang masih tidak dibenarkn berumah tangga atu mengambil lesen memandu.

Namun begitu, tempoh ini merupakan tanda kematangan Internet telah mengubah tamadun manusia – daripada anak sehinggalah karyawan. Dari sudut kekeluargaan, warkah elektronik atau emel merupakan jambatan komunikasi yang mudah lagi murah. Tidak dinafikan, Internet telah sebati dengan budaya kemanusiaan pascamoden merentasi sempadan politik. 
Internet juga menyajikan blog sebagai warkah fikiran di alam siber. Technorati, sebuah pemantau Internet, merekodkan 112.8 juta blog di dunia. Lebih menarik lagi, 1.6 juta blog dikemaskini setiap hari dan ini bererti 18 blog diperbaiki pada setiap saat.
Blog remaja menduduki tangga ketiga sebagai blog yang paling kerap dikemaskini. Blog politik terus menjadi wadah minda yang penting sebagai nafas politik siber. Dalam tempoh 15 tahun, ICQ (Instant Messaging Computer Programme) muncul sebagai teknologi Internet pada akhir kurun ke-20.
ICQ diperkenalkan pada 1996 dan menjadi milik Amerika Syarikat pada 1998 dengan harga $407 juta. Semenjak awal kurun ke-21, anak muda terus terpesona dengan sistem sembang ICQ. Dari sudut psikologi sosial, ibu bapa pada mulanya menanggap perbuatan anak mengunakan komputer itu amalan baik kerana sekurang-kurangnya anak mereka sedang berjinak-jinak dengan teknologi.

Lazimnya, setiap yang baik ada pula lawan buruknya. Pengguna Internet mula terdedah kepada ancaman termasuk ketagihan permainan komputer, ketagihan bilik sembang, ketagihan lelaman lucah dan urus niaga secara kredit. Sebagai contoh, laporan agensi berita BBC menyatakan bahawa seorang pemuda Korea Selatan berusia 28 tahun telah maut selepas bermain permainan komputer