kata-kata aluan

Pages

Tuesday, May 25, 2010

Apa itu Internet ??????

Internet
- Internet adalah rangkaian kawasan luas yang menyambungkan beribu-ribu rangkaian kawasan setempat dengan hanya menggunakan protocol IP sebagai protokol penghubung.

Intranet 
– Satu rangkaian yang memberi services yang sama seperti yang ditawarkan oleh Internet tetapi tidak sepertinya disambungkan kepada internet. Intranet boleh dikatakan LAN tetapi hanya menggunakan protokol IP.Kelajuan intranet mengikut kelajuan LAN.

Extranet 
– Apabila intranet diperluaskan ke internet dan hanya boleh dicapai oleh pengguna tertentu maka ini dikenali sebagai Extranet.Protokol kelajuan sama seperti internet.
  
Internet dan Kegunaan.

Internet adalah salah satu platform ilmu yang semakin diminati ramai dan semakin mendapat perhatian dari kalangan anak muda mahupun dari kalangan orang dewasa . Boleh dikatakan setiap rumah di Malaysia ini mempunyai sebuah komputer yang dilengkapi dengan kemudahan Internet .

Internet adalah salah satu daripada mesin pencari ilmu . Selain buku , majalah , surat khabar dan banyak lagi "mesin pencari ilmu" . Namun internet adalah diantara yang paling popular .

Internet adalah gudang ilmu dalam dunia hari ini . Melaluinnya kita boleh mendapatkan ilmu tentang apa sahaja yang kita mahu . Sesuailah dengan konsep yang menggambarkan internet itu sendiri "Dunia di Hujung Jari anda" .

Tetapi bukan semua ilmu itu bersifat / isinya positif , ada ilmu yang bersifat / berisi negatif . Itu yang harus kita hindari dan sentiasa berwaspada tentang hal ini .


 Kesan Dari Internet
Dalam kehidupan insan, usia 15 tahun bak suatu permulaan mentah ke arah kedewasaan. Pada usia ini, seseorang masih tidak dibenarkn berumah tangga atu mengambil lesen memandu.

Namun begitu, tempoh ini merupakan tanda kematangan Internet telah mengubah tamadun manusia – daripada anak sehinggalah karyawan. Dari sudut kekeluargaan, warkah elektronik atau emel merupakan jambatan komunikasi yang mudah lagi murah. Tidak dinafikan, Internet telah sebati dengan budaya kemanusiaan pascamoden merentasi sempadan politik. 
Internet juga menyajikan blog sebagai warkah fikiran di alam siber. Technorati, sebuah pemantau Internet, merekodkan 112.8 juta blog di dunia. Lebih menarik lagi, 1.6 juta blog dikemaskini setiap hari dan ini bererti 18 blog diperbaiki pada setiap saat.
Blog remaja menduduki tangga ketiga sebagai blog yang paling kerap dikemaskini. Blog politik terus menjadi wadah minda yang penting sebagai nafas politik siber. Dalam tempoh 15 tahun, ICQ (Instant Messaging Computer Programme) muncul sebagai teknologi Internet pada akhir kurun ke-20.
ICQ diperkenalkan pada 1996 dan menjadi milik Amerika Syarikat pada 1998 dengan harga $407 juta. Semenjak awal kurun ke-21, anak muda terus terpesona dengan sistem sembang ICQ. Dari sudut psikologi sosial, ibu bapa pada mulanya menanggap perbuatan anak mengunakan komputer itu amalan baik kerana sekurang-kurangnya anak mereka sedang berjinak-jinak dengan teknologi.

Lazimnya, setiap yang baik ada pula lawan buruknya. Pengguna Internet mula terdedah kepada ancaman termasuk ketagihan permainan komputer, ketagihan bilik sembang, ketagihan lelaman lucah dan urus niaga secara kredit. Sebagai contoh, laporan agensi berita BBC menyatakan bahawa seorang pemuda Korea Selatan berusia 28 tahun telah maut selepas bermain permainan komputer

No comments:

Post a Comment